Monday 31 December 2012

Alhamdulillah.

        Setelah hampir 3 bulan saya menyepikan diri,kali ini saya akan menghupdatekan semula blog saya ini.Seperti anda semua sudah sedia maklum,pada 19 November yang lalu,keputusan UPSR telah keluar.Saya ialah salah seorang calon UPSR di Malaysia.Semasa pukul 10 pagi tu,ya Allah,berdebar yang teramat.Tangan sampai tak berhenti-henti berpeluh padahal ada air-conditioned.Kawan saya yang sebelah tu tak henti-henti tegur saya.
   
       Lepas tu bila cikgu masuk,semua orang pucat.Terasa nak tergelak pun ada bila tengok muka diorang.Cikgu cakap 'tahun ni keputusan UPSR kurang memberangsangkan.Cuma 6 orang dapat 5A tahun ni.'Rasa nak tercabut jantung rasanya.Fuhh,berebar yang teramat.Cikgu panggil nama sorang-sorang untuk ambil slip keputusan UPSR.Yang bestnya,cikgu mula dari Syara.Angka giliran dia yang terakhir sekali kat sekolah.Saya pulak kedua terawal.Tenang sikit hati rasanya.

       Bila cikgu panggil nama sorang-sorang,ada yang sedih,ada yang gembira,ada yang puas hati dengan keputusan masing-masing.Dah nak buat macam mana kan,itu semua kehendak Allah dan atas sikap masing-masing.Sementara tu,saya kira guna jari saya berapa orang yang dapat 5A.Tup tup dah 5 orang.Terasa nak menangis pun ada masa tu.Kawan saya,Natasha dapat 4A,1B.Lepas dia ambil result,dia menangis sebab tak dapat banggakan keluarga dia.

       Akhirnya,masa yang ditunggu-tunggu tiba.Nama saya dipanggil.Saya pergi kat cikgu dekat meja depan sekali.Saya pegang slip keputusan saya bila dah sampai.Tak tengok lagi,cuma pegang je.Lepas tu,cikgu cakap ''tahniah,awak dapat 5A.''.Rasa nak menangis pun ada masa tu.Nak melompat pun ada.Usaha saya selama ini tak sia-sia.Saya bangga dengan diri saya sendiri sebab tak tiru orang lain.
 
     
        Sebelum UPSR,saya belajar pagi,petang dan malam.Memang teramat letih.Kerja sekolah pulak berlambak-lambak.Alhamdulillah,saya selalu siapkan kerja sekolah saya.Cewahhh.Saya pun kurangkan pengambilan makanan yang berjeruk sebab sebab tak berapa baik untung otak.Maggi pun saya tak makan selama lebih kurang 4 bulan.Itu semua dengan kerelaan hati saya sendiri.Saya rasa bersyukur sangat-sangat.
 
        Esok adalah 1 hari bulan Januari tahun 2013.Kebanyakan orang dah mula sekolah tapi saya tak mula lagi.13 hb Januari ni baru saya check in hostel dan sekolah.Rasa teruja sangat ni.InsyaAllah,SPM nanti saya akan jadi yang terbaik antara yang terbaik di Malaysia.

Pesanan : Kepada yang tak berjaya,jangan cepat mengalah sebab ada banyak lagi peluang untuk kita berjaya yang menunggu di hadapan.

Sekian,Assalamualaikum :)
     

Tuesday 9 October 2012

Kebosanan Melanda Diriku T.T

Assalamualaikum.

Hari ini 9 Oktober 2012.Esok pula 10 Oktober.Hari jadi Fatimah Khairiyah,kawan baik saya tapi malangnya dia takda kat sekolah esok sebab dia kena pergi kem TNB.

Saya bukan nak cerita pasal dia tapi nak cerita tentang apa yang terjadi kat saya di sekolah.Semua orang dah sedia maklum yang UPSR dah lepas.Selepas UPSR,cikgu-cikgu takkan usik tahun 6 tapi semua orang masih lagi kena pergi sekolah.Bila cikgu tak masuk,jadi murid-murid bebaslah nak buat apa-apa pun.

Saya ni jenis pemalas jadi saya cuma main benda yang boleh buat saya duduk diam.Macam-macam benda saya dan kawan-kawan main tapi tetap bosan.Antaranya ialah,saidina,congkak,komputer,uno,karom dan bla2.Semua tu cuma aktiviti yang membosankan.Jadi,saya rasa lebih baik sebelum UPSR daripada sekarang.Walaupun dulu jadual harian ketat tapi tetap menyeronokkan.Kalaulah otak saya ni bergeliga dan boleh fikirkan permainan yang tidak membosankan yang saya dan kawan-kawan boleh buat.Minggu depan final exam tapi saya masih tak ulangkaji.Kenapalah berasa diri ini sungguh malas untuk buat perkara yang berfaedah.Ok,setakat tu sahaja entry kali ini.Assalamualaikum :)

Monday 8 October 2012

Hamba Allah Telah Kembali

Assalamualaikum.

Pertama,saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih berpeluang hidup di atas dunia ini.Saya baru sahaja habis menjalani peperiksaan UPSR.Keputusan UPSR bakal diketahui bulan hadapan.Sudah setahun saya menyepi.Kini,saya kembali lagi untuk menghidupkan lagi blog ini.Sesungguhnya,banyak pengalaman yang telah saya lalui sebelum peperiksaan UPSR.Saya berasa insaf apabila sedar perangai saya.Saya ini seorang yang pemalas,panas baran dan mungkin ego.Saya ingin mengubah perangai saya.Saya berharap anda semua akan faham.Antara kawan-kawan saya,ada yang baik dan ada yang jahat.Maaflah kalau saya menggunakan perkataan jahat.Jika saya menjauhi kawan saya,maknanya dia bukanlah kawan yang baik.Tahun hadapan saya akan berumur 13 tahun dan memasuki alam sekolah menengah.Banyak lagi cabaran yang perlu saya hadapi.Oleh sebab itu,saya ingin melatih diri saya menjadi seorang yang baik bermula dari sekarang.Kepada kawan-kawan saya  di SK Tok Randok,saya sayangkan kamu semua.Berubahlah ya.Sekian sahaja post malam ini.