Tuesday 1 January 2013

Happy New Year :)

             Assalamualaikum semua.Eh,hari ni hari apa eh? ''Hari Isnin'' Bukan,hari ni 1 Januari 2013.Maknanya saya dah masuk 13.Maknanya dah semakin ''muda''.Haha,korang pergi ambil kuali pastu ketuk kepala saya ni.Mana tak nak ketuk,siapa suruh perasan? Kalau awak tanya saya sambut tahun baru kat mana,saya akan jawab ''dekat rumah.'' Fakta yang sebenarnya ialah,saya tak sambut pun tahun baru.Baik duduk menghadap laptop,tengok tv ke ape lagi bagus.
 
             Saya pun nak ucapkan selamat bersekolah kepada yang pergi sekolah tadi.Boleh bagi  penumbuk percuma tak? Untuk pengetahuan anda semua *kepada yang nak tahu jelah*,25 sekolah di Terengganu telah ditutup disebabkan banjir.Kalau dah banjir tu,maknanya kena bersihlah.Kalau siapa yang rasa terlajak rajin,pergilah sekolah.Tak pasal-pasal kena halau nanti.Bila kena halau nanti,jangan salahkan saya tau.*angkat kening*

             Nak diceritakan pasal banjir ni,ada seorang kawan saya yang bangun awal,pakai baju cantik-cantik,bersiap awal dan apa bagai.Dia pun pergilah sekolah dia iaitu SMA Mahmudiah di Kuala Berang.Bila dia dah sampai,pak guard cakap 'hari ni tak sekolah,adik boleh balik.''Dalam hati dia,siapalah yang tahu.Dahlah dari semalam dia bersemangat nak pergi sekolah,alam persekolahan menengah.Kesian pulak kat kawan-kawan saya yang tak boleh sekolah tu.Jangan risau,nanti saya mintak Ultraman,Spiderman,Batman dan Cicakman tolong bersihkan sekolah awak.Agak-agak diorang nak tolong tak kalau saya cakap saya nak bagi upah seposen sorang? Tepuk dada,tanyalah diri sendiri.

             Ni ada satu lagi cerita,semalam saya hantar kak ji saya pergi TESMAL di Kemaman.Luggage dia jangan tanya banyak mana.Macamlah dia pergi asrama,lepastu tak balik-balik.For your information *mohon jangan muntah*,tahun ni kak ji saya 15 tahun.Maksudnya,apa lagi kalau bukan kena PMR tahun ni.Tahun lepas,saya dah UPSR,tahun ni dia pulak PMR.Memang baguihh lah.Harap-harap dia dapat 8A.Masalahnya,dia ni seorang yang pemalas.*kat rumah*.Tapi dengar cerita,dia ni rajin kat sekolah.Aik,macam mana tu? Dah pening lalat ni.Haha.


Ni ha kak ji yang saya cerita tadi.Biasanya orang panggil dia amoi.


 Dari tadi asyik baca cerita pasal orang lain je,tak bosan ke? Oklah,sekarang ni nak cerita pasal saya
pulak.Korang semua dah sedia tahu yang tahun ni saya dah masuk 13.Maksudnya,saya ni jenior di sekolah menengah.Untuk pengetahuan korang,hari ni saya tak sekolah.13 hb 1 ni baru check-in hostel di Imtiaz.Amboi,boleh panggil ustazah afiqah lah nanti.Mohon jangan muntah :P.Kepada yang dah mula sekolah hari ni atau esok,mohon jangan jeles.Mungkin setakat ni je yang dapat dikongsi.Kepada yang baca ni,jaga 
diri tau.Jangan main banjir ke hape ke dan rajin-rajinlah senutuh buku tu.Agakya dah kena makan tikus.